Thursday, December 18, 2008
Saturday, December 13, 2008
kawan kawan ku.....jan - dis 2008
Tak dapat kulupakan
tak dapat kubayangkan
tak dapat kucatatkan
tak dapat kukisahkan
kawan-kawan datang dan pergi
entah bila berjumpa lagi.
orang cine yg petama datang ke tanah melayu belaja silat dengan penghulu Abu (dalam cite kinta)
kata kata silat....
Falsafah atau kata-kata silat atau pepatah yang terdapat di dalam perguruan ini adalah warisan dari guru-guru silat sejak turun temurun lagi.
Ia dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang mengandungi pengertian dan maksud yang mendalam yang terselindung di dalam setiap pergerakan silat yang dilakukan.
Falsafah biasanya akan dipendengarkan kepada pesilat -pesilat semasa menjalani latihan mengikuut peringkat-peringkatnya.
Di antara falsafah, kata-kata silat atau pepatah yang sering disebut-sebut oleh Guru utama Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah semasa hayatnya mengajar anak-anak buahnya ialah :-
- , biarlah timba mencari perigi bukannya perigi mencari timba.Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat,ibarat keris yang tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. "
" Orang yang berakal itu akan berfikir ketika diam dan orang yang berfikir itu akan ingat sampai bila-bila. "
" Belajar dengan tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan kecundanglah kita. "
" Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang. "
" Yang memukul itulah di pukul,
Yang menyerang itulah yang diserang,
Yang menyakitkan itulah yang disakitkan. "
" Ada datang ada pergi, ada hidup ada mati,
ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya,
ada tangkap ada pelepasnya dan ada kunci ada
pembukanya. "
" Dalam terang ada cahaya, dalam gayang ada gerak
dalam gerak ada kilau, dalam seni ada halus dan
dalam gerak ada bayang. "
" Gerak engkau gerak aku, mula engkau aku tiba,
langkah engkau gayang aku, serangan kau makanan
aku. "
" Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati.Dia
datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia
sepikul. "
" Sendeng itu permainannya buruk tetapi kenanya
bonyok.Pukulnya hodoh, kena lodoh. "
" Pat pat siku lipat. "
" Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup. "
" Belum sempat nak tangkap dah terlepas, soromg
kena tarikpun kena. "
" Pukul sendeng datangnya tak tegak tetapi kenanya
tepat. "
" Sendeng haram di sentuh. "
" Gerak Gayang Pantas Berani. "
" Penamat belajar mengelak, tak payah mengelak.
Penamat belajar menepis, tak payah menepis.
Friday, December 12, 2008
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara
mutiara hati ku...
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri
Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang
Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya
Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan
Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi
Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi
Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu